Paya Indah Wetlands adalah kawasan bekas lombong timah selain tasik air tawar dan hutan paya gambut seluas 450.76 hektar yang diwartakan sebagai Rizab Tanah Lembap (Wetlands). Sebanyak 14 tasik buatan terbentuk akibat perlombongan bijih timah serta dipenuhi pelbagai jenis ikan. Setiap permukaan tanah tidak kira di kawasan tanah tinggi, paya bakau atau gambut, habitatnya adalah berlainan. Paya Indah Wetlands adalah bekas hutan paya gambut. Paya Indah Wetlands adalah syurga kepada 229 spesies burung, 63 spesies mamalia, 20 spesies reptilia, 10 spesies amfibia dan juga 14 spesies ikan. Di samping itu, sebanyak 220 spesies terdiri daripada pelbagai jenis tumbuhan akuatik dan daratan yang melatari pemandangan Paya Indah Wetlands. Menurutnya, objektif asal Paya Indah Wetlands itu dibangunkan untuk memulihara habitat dan ekosistem tanah lembap bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai tanah lembap.


No comments:
Post a Comment