Kepada semua Alumni Biologi UPM,
Mulai tahun 2009 Fakulti Sains UPM akan mengaktifkan alumni fakulti melalui beberapa cara bersama-sama alumni dan fakulti.
Salah satunya adalah melalui mengadakan siri seminar akademik. Bagi memulakan siri ini satu
Seminar Alumni Biologi UPM akan diadakan pada 4 April 2009 di Universiti Putra Malaysia.
Seminar ini bertujuan untuk:
1. mengumpulkan alumni biologi UPM yang terlibat dalam penyelidikan dan membentangkan penemuan atau analisis mereka serta bertukar-tukar maklumat berkaitan biologi.
2. membina jaringan alumni biologi untuk aktiviti akan datang dan membawa alumni menyumbang kepada fakulti.
Tuan/puan dijemput untuk menyertainya. Sekiranya ingin menyertai seminar ini sila daftar melalui email kepada aismail@science.upm.edu.my dengan menyertakan 3-5 muka surat abstrak panjang sebelum 20 Mac 2009.
Prof Dr. Ahmad Ismail
Jabatan Biologi, UPM
Tuesday, March 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment