Monday, June 29, 2009

Rethinking Agriculture, a Paradigm Shift: UPMVC



Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah:


1. ”Sektor pertanian perlu mendapat sokongan bidang lain ke arah pemikiran pertanian moden melalui integrasi pertanian dan teknologi pintar seperti bioteknologi, ICT, nanoteknologi dan pengurusan strategik. ”Persepsi pemikiran masyarakat harus diubah kerana kita sering mengaitkan pertanian dengan kerja yang kotor dan untuk golongan miskin, walhal pertanian merupakan kunci kepada segala aktiviti ekonomi yang lain seperti sektor pembuatan dan pengeluaran,”


2. ”UPM memainkan peranan penting dalam proses transformasi pertanian global melalui usaha menerajui bidang pertanian tropika berdasarkan Pelan Transformasi UPM. Semua pelajar UPM dari pelbagai bidang pengajian akan diberi pendedahan kepada pengetahuan umum untuk mencapai anjakan paradigma ke arah pertanian baharu,”




Seperti ungkapan lama Pertanian adalah satu budaya, warisan bangsa, pekerjaan, ekonomi dan kekayaan masyarakat, maka bidang pertanian perlu dipelbagaikan dari semua aspek. Peranan sains asas biologi sangat signifikan dalam memaju kejayaan pertanian moden.

No comments: