Bagaimana hendak menjayakan hasrat di atas?
Perancangan yang teliti dan perlaksanaan yang mantap amatlah perlu. Memang benar aktiviti kokurilum dan pendekatan pembelajaran perlu dilihat semula dan diperkemaskan. Kajian mantap kesan keghairahan aktiviti pembangunan mahasiswa dan kaedah pendekatan yang dilakukan sejak 2002/2003 perlu dikaji dengan teliti. Kesan pemikiran mahasiswa sejak slogan reformasi 1998 perlu dianalisis. Sekarang diperkenalkan pula konsep Satu Malaysia. Kaum mana yang akan mendapat manafaat dan apa kesan kepada perpaduan negara, keseimbangan ekonomi dan politik negara masa hadapan? Untuk menjayakan perkara ini pemimpin yang betul dan kumpulan pemikir dan sokongan yang tepat perlu dicari dan diberikan tugas yang sepatutnya. Elakkan perlaksanaan yang tidak jelas, tidak bersepadu, untuk kumpulan tertentu dan ikut rasa, pengaruh dan sekadar bersifat semasa, jangka pendek dan adhoc. Kita harus belajar berfikir untuk menjalankan aktiviti jangka panjang, berterusan, berwawasan dan dipantau keberkesanaannya secara berkala demi untuk Satu Malaysia yang sebenarnya, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan. Bayangkan dalam keghairahan melatih dan membentuk mahasiswa berkualiti masa hadapan, hanya 5% mahasiswa yang dilatih dan sekadar seperti wayang atau tayangan filem kepada seluruh lebih 20,000 masyarakat kampus, dengan perbelanjaan yang besar dan publisiti yang hebat. Akhirnya kualiti graduan yang dihasilkan masih menjadi tanda tanya oleh pihak luar atau pelangan universiti. Sampai masanya sekarang perlaksanaan yang agresif perlu dijalankan dengan lebih objektif dan efektif. Kurangkan pengenalan segala tiori dan kaedah yang tidak praktikal, hanya di atas kertas untuk rujukan fail, membuang banyak masa orang penting yakni pensyarah dan pelajar untuk kepentingan dokumentasi bagi pihak tertentu menjadi juara anugerah. Yang penting ialah perlaksanaan dan kualiti hasilnya. Biarlah petaruh utama, mahasiswa dan pensyarah bersendirian memastikan pengeluaran graduan yang berkualiti tanpa masa mereka tebuang dengan melayani kerja -kerja pegawai sokongan. Sebenarnya pegawai sokongan perlu melayani pensyarah dan mahasiswa. Sampai masanya juga pihak universiti dan profesional memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak pegawai sokongan menjalankan tugas membantu dan memudahcarakan kerja-kerja pensyarah dan keperluan mahasiswa dan bukan mengarahkan pensyarah membantu kerja mereka disamping kerja hakiki pensyarah.
No comments:
Post a Comment