Kempen Tanam Bakau Bagi Menggantikan Pokok Bakau Yang Telah Ditebang-27 Februari 2010 Di Sungai Nibong, Selangor bersama Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air YB Hajjah Noriah Kasnon.
1. Hutan bakau merupakan habitat semulajadi kepada hidupan liar terutamanya burung-burung termasuk burung berhijrah dan burung upeh. Apabila habitat mereka sudah tiada maka tiada lagi tempat mereka untuk bersarang, membiak dan mencari makanan. Burung-burung ini dilindungi oleh undang-undang Malaysia dan barang siapa memusnahkan habitatnya akan didapati bersalah. Maka semua orang yang menebang dan memusnahkan hutan bakau bersalah.
2. Hutan bakau juga adalah tempat hidupan laut seperti udang, ketam, kerang dan ikan-ikan membiak dan membesar. Sumber perikanan ini menjadi mata pencarian penduduk di tepi pantai. Kebanyakan mereka adalah orang miskin dan perlu di bantu. Tambahan lagi mereka adalah orang Melayu yang merupakan kumpulan yang menjadi tumpuan utama kerajaan untuk dikeluarkan dari kemiskinan. Kemusnahan hutan bakau akan mengurangkan hasil perikanan dan ini akan menambahkan kemiskinan mereka. Penebang hutan bakau bukan sahaja menyebabkan rakyat di tepi pantai miskin tetapi juga musuh kerajaan yang ingin membasmi kemiskinan.
3. Tiada hutan bakau yang melindungi pantai dari hakisan ombak akan menyebabkan banyak kawasan pantai terhakis dan memusnahkan tanah tepi pantai, tanah pertanian dan air masin masuk ke darat.
4. Banyak lagi kesan penebangan hutan bakau yang memudharatkan orang ramai, merugikan negara, memusnahkan habitat hidupan liar dan sumber perikanan yang akhirnya boleh menyebabkan kepincangan ekonomi, politik dan keselamatan negara.
5. Maka kekejaman mereka perlu mendapat balasan yang sewajarnya dari masyarakat setempat, negara dan pencipta alam semesta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment