Saturday, December 3, 2011
Sumber Alam dan Bencana Alam sangat berkaitan: maka kesedaran dan tindakan tentang sumber alam dan bencana alam perlu perhatian berterusan.
Ramai dan selalunya manusia belajar Dari kesalahan lepas. Malangnya manusia mudah lupa. Terutamanya Ada golongan yang yang sifat mendendam tinggi tetapi mudah lupa dan suka berpoya dan upacara. Ada pula yang gelojoh berebut-rebut menggunakan sumber alam untuk kekayaan. Ada juga kumpulan yang tidak mahu mengikut undang-undang, meneroka hutan untuk kepentingan sendiri atau kepercayaan masing-masing. Musim hujan sekarang mengulangi kejadian bencana alam akibat Dari kerakusan manusia. Sebelum musim hujan kita alpa, semasa hujan kita terlupa, bila banjir kita sengsara, lepas banjir kita kerja, lepas tu kita leka, kisah bencana terus berulang. Nasihat pakar dan penyelanggaraan berterusan sangat perlu. Penglibatan ramai sangat dikehendaki. Ujudkan semangat sukarelawan serta keprihatinan kejiranan dan alam sekitar setempat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment