Kertas Cadangan Alam Sekitar Subjek Di Sekolah Sedang Disediakan - Junaidi
Tarikh kemaskini: 17/07/2017
SEREMBAN, 17 Julai (Bernama) -- Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kertas cadangan bagi menjadikan aspek alam sekitar sebahagian sukatan pelajaran sekolah sedang disediakan dan dijangka siap hujung tahun ini.
"Buat masa ini belum dapat dipastikan lagi sama ada subjek ini akan dimasukkan bawah subjek sains atau sosial kerana ia mengandungi kedua-dua elemen tersebut.
"Setakat ini, persetujuan di peringkat kedua-dua kementerian sudah di peringkat jawatankuasa teknikal dan jika kertas cadangan dapat disiapkan hujung tahun ini, perkara tersebut dapat dibentangkan di parlimen tahun depan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat Pemeliharaan Alam Sekitar dan Inovasi (EPIC) di Pusat Kualiti Alam, dekat sini hari ini

No comments:
Post a Comment