Tuesday, December 4, 2018

Kerajaan Johor telah membatalkan pewartaan Pulau Kukup sebagai taman negara yang dilindungi. Pulau Kukup yang terletak di Pontian sudah menjadi taman negara sejak 1997. Keputusan itu dibuat ketika mesyuarat exco pada 24 September lalu. Warta pembatalan itu, yang dilihat Malaysiakini, dikeluarkan pada 25 Oktober. Rancangan akan datang terhadap kawasan itu belum diketahui. Too narrow busiest shipping lane in the world caused erosion and disturbed biodiversity.

https://www.malaysiakini.com/news/454655
Pulau Kukup dikenali dengan hutan paya bakaunya. Sebahagian besar kawasan pulau itu tidak berpenghuni.
Ia salah satu daripada sebilangan kecil lahan basah yang masih kekal asli di Asia Tenggara, dan satu daripada lima tapak Ramsar di Malaysia.
Tapak Ramsar adalah lahan basah yang mempunyai kepentingan antarabangsa berdasarkan Konvensyen mengenai Tanah Lembap yang Berkepentingan Antarabangsa PBB.

No comments: