Wednesday, July 1, 2009

Pendaftaran Pelajar Baharu Fakulti Sains

Pelajar baharu major biologi sedang mendengar taklimat pendaftaran bersama PA masing-masing. Sebelum ini mereka telah mendengar nasihat dari Prof Ahmad Ismail bagaimana boleh cemerlang di Jabatan Biologi.


Nasihat Kepada Pelajar,




1. Terima hakikat yang anda telah berada di Universiti Putra Malaysia


2. Fokus kepada bidang yang akan anda buat pengkhususan


3. Rancang kerjaya anda dari sekarang


4. Ingat semua pelajar yang mendapat tempat di Universiti layak untuk mendapat ijazah


5. Yang berbeza adalah kualiti pengetahuan dan kemahiran seseorang


6. Salah merancang membuatkan anda gagal dan tidak dapat menamatkan program pengajian


7. Gunakanlah kepakaran pensyarah dan kemudahan yang ada di Universiti untuk membina kekuatan diri dari segi pengetahuan dalam bidang yang diceburi, kepimpinan, kemahiran diri, semangat keusahawanan dan mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa


8. How to be international? Student exchange programme, short visits to abroad, attending international conferences, writing academic papers in international journals and others


9. Semasa di universiti libatkan diri dalam pengurusan dan penganjuran aktiviti untuk melatih kemahiran kepimpinan dan komunikasi.


10. Jangan kedekut ilmu. Tambahkan pengalaman melalui aktiviti pengembangan.



1 comment:

eyesofaini said...

salam...
post ini mengingatkan saya pada waktu saya mula-mula masuk ke UPM khususnya jbtn biologi, fakulti sains.tahniah dr atas nasihat yang diberikan...bukan sahaja untuk pelajar yang baharu tetapi untuk alumni seperti saya dapat memperbaiki diri dan membuka membuka minda dengan nasihat-nasihat itu.tahniah sekali lagi!!