Saturday, July 25, 2009

Seminar Alumni Jabatan Fizik Fakulti Sains






Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada jawatankuasa pelaksana seminar alumni Jabatan Fizik Fakultui Sains UPM. Seminar ini merupakan kesinambungan kepada seminar alumni Jabatan Biologi yang diadakan terdahulu. Alumni Fakulti Sains menganjurkan siri seminar akademik bagi alumni Jabatan Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik bertujuan mengumpulkan alumni Fakulti Sains UPM yang berkecimpung dalam penyelidikan, bertukar-bertukar maklumat dan membudayakan penerbitan. Budaya penyelidikan dan penerbitan dikalangan alumni akan memperkasakan lagi UPM sebagai sebuah universiti penyelidikan. Seminar akan datang akan diadakan oleh alumni Jabatan Kimia dan diikuti pula oleh alumni Jabatan Matematik. Saya doakan seminar akademik alumni Fakulti Sains yang akan datang lebih meriah lagi.







Aktiviti alumni lain adalah melalui kumpulan guru-guru sekolah. Ramai dikalangan guru sekolah di Malaysia adalah alumni Fakulti Sains. Aktiviti ini juga berterusan.

No comments: