Sunday, March 14, 2010

Raptor Watch 2010 MNS at Tanjung Tuan Port Dickson, 13&14 March


1. Tiap tahun ramai akan berkumpul di Tanjung Tuan Port Dickson untuk melihat beribu-ribu burung helang datang dari arah Sumatera merentasi Selat Melaka dan menuju utara ke arah Thailand. Sebahagian dari burung-burung ini akan ke utara Jepun untuk membiak. Perkara ini berulang-ulang sejak beratus tahun dahulu. Apakah ini hanya satu upacara ulangan atau satu kesedaran fenomena semulajadi yang perlu dipelihara.
2. Tahniah kepada MNS (Malayan Nature Society) kerana menganjurkan aktiviti "Raptor Watch" ini pada 13&14 March 2010. Banyak aktiviti pendidikan, perbincangan, pertandingan dan keseronokan diadakan disamping melihat, mengecam dan mengira burung-burung yang merentasi SElat Melaka melalui Tanjung Tuan. Tetapi berapa ramai yang sedar dan menyokong aktiviti ini.
3. Penduduk tempatan sekitar Port Dickson patut menyokong penuh aktiviti ini kerana banyak keuntungan bagi mereka terutamanya dari segi pelancongan. Seluruh dunia beribu pelancong yang meminati burung ini akan datang di Port Dickson dan membuka peluang perniagaan dan kerjaya. Malangnya majoriti sukarelawan MNS adalah dari Kuala Lumpur. Mungkin MNS perlu adakan aktiviti khas di sekitar Port Dickson tentang "Raptor Watch" ini untuk tahun hadapan terutama kepada kanak-kanak sekolah dan pelajar IPT sekitar Port Dickson.

4. Pihak Berkuasa Tempatan (Port Dickson dan Melaka) perlu melihat perkara ini secara serius bukan sahaja untuk pelancongan tetapi juga untuk konservasi. Laluan burung mesti dikenal pasti dan dilindungi agar mereka dapat singgah dan mendapat bekalan tenaga (makanan).
5. Pihak Perhilitan Melaka harus menjadi juara tentang hal ini. Mendidik masyarakat, mengenalpasti laluan burung, tempat mereka singgah dan mendapat sumber tenaga untuk terbang jauh dan persedian untuk membiak.
6. Agensi pelancongan dan hotel mesti menyokong aktiviti ini.
7. Penyelidikan dan kerjasama antarabangsa (Indonesia, Thailand, Malaysia, Japan)perlu diujudkan segera atau disambung aktiviti dan jaringan yang sedia ada. Rujuklah PAKAR yang betul.

No comments: