Tuesday, March 16, 2010
Universiti Putra Malaysia Sign MoU Dengan Jepun Lagi!!!
Hari ini UPM sekali lagi akan menandatangani MoU dengan Kagoshima University, Japan. Penekanan kali ini adalah dalam bidang "marine science and sustainable agriculture". Kita lihat perkembangan seterusnya petang nanti.
Sebelum itu kita dengar satu cerita tentang lembu impot. Dalam usaha kerajaan Malaysia menggalakkan industri penternakan negara, kerajaan telah mengimpot lembu-lembu dari luar negara misalnya dari India dan Australia. Ada lembu yang dalam perjalanan simpan rumput yang dimakan dari negara asal dalam perut dan ada lembu yang tidak ada lagi sisa rumput dalam perutnya. Tiba di Malaysia bernasib baik jika tahi lembu yang masih ada benih rumput tumbuh untuk menjadi makanan semasa di Malaysia. Bagi lembu yang tahinya tidak ada benih rumput maka kenalah beradaptasi makan rumput Malaysia bagi meneruskan hidup atau makan saja dedak yang diberikan penternak. Itu pun bergantung kepada penternak. Ada juga lembu-lembu yang terpaksa berkongsi makan rumput dengan lembu bernasib baik membawa benih rumput dari negara asal. Misalnya lembu dari India makan rumput yang tumbuh dari tahi lembu Australia atau sebaliknya. Ada lembu yang bernasib baik kalau sudah ada lembu senior yang sudah ada rumput tumbuh dari tahinya sebelum ini atau gembalanya sudah bawa balik benih rumput bersama lembu. Bagi lembu-lembu yang diimpot ini mesti bersedia untuk beradaptasi untuk terus hidup dan produktif. Kisah lembu ini berbeza dengan kuda yang diimpot dari Argentina, Australia atau England kerana matlamat dan status mereka tidak sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment