Atas: Guru Pengiring, Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, Wakil Peserta, Ybhg Dato' Hashim Wahab dan Prof Dr. Ahmad Ismail Penasihat Environmental Education MNS.
_________________________________________
Malayan Nature Society bersama Kementerian Pelajaran Malaysia serta beberapa agensi yang menaja dan menyumbang kepakaran telah bersama-sama menganjurkan Bengkel Pendidikan Alam Sekitar Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Bukit Lagong Selangor 15-18 Julai 2010.Seramai hampir 300 peserta dari seluruh negara telah mengikuti bengkel ini. Aktiviti ini sangat penting bagi generasi akan datang bagi menjaga kepelbagaian biodiversiti negara. Dasar Kepelbagaian Biodiversiti Kebangsaan menekankan aktiviti pendidikan alam sekitar dan pengetahuan umum tentang kepelbagaian biologi dan konservasi. Para peserta diberi latihan dalam bentuk permainan, penghayatan alam sekitar, pengetahuan tentang flora dan fauna, lawatan ke FRIM dan Zoo Negara termasuk aktiviti malam dan siang hari.Semua peserta diberikan sijil penyertaan dan manual pendidikan alam sekitar.
______________________________________
Inisiatif Malayan Nature Society, Malaysian Zoological Society, Forest Research Institute Malaysia, Universiti Putra malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi lain menganjurkan aktiviti, menaja dan menyediakan kepakaran merupakan sumbangan besar kepada negara dan generasi akan datang. Sumbangan kewangan terutamanya sangat terus diperlukan bagi memastikan kesinambungan program seperti ini.Tahun ini adalah tahun biodiversiti dunia. Apakah sumbangan kita dan sejauh manakah kita telah menghargai orang yang telah dan sedang aktif menyumbang.
Sunday, July 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment