Sebahagian daripada Guru-guru muda dari Sekolah Kebangsaan Seri Selangor, USJ Subang Jaya menjalani latihan di Hutan Simpan Air Hitam, Puchong sebagai makmal luar bilik darjah dalam P&P berkesan, menghayati alam sekitar dan biodiversity flora dan fauna.
____________________________________
Bagaimana cara melaksanakannya?
1. Sediakan kurikulum mantap untuk masa hadapan dan dikemaskini dari masa kesemasa; apakah keperluan mereka semasa berumur 19-25 tahun bagi membina kerjaya dan menyumbang kepada keperluan negara.
2. Sediakan kemudahan lengkap mengikut kesesuaian dan keperluan masyarakat setempat mengikut peredaran masa.
3. Mempunyai guru-guru yang sesuai dengan kehendak kurikulum yang dibina bagi memenuhi keperluan masa hadapan negara. Perlaksanaan kurikulum mendahului keperluan semasa(sekiranya perlaksanaan mengikut keperluan semasa pelajar yang tamat belajar akan ketinggalan zaman)
4. Amalan di sekolah selama 11 tahun mampu membentuk keperibadian, personaliti, pendekatan dan cara berfikir, disiplin, budaya ilmu, budaya berfikir, budaya kreativiti dan innovatif dan lain-lain nilai baik rakyat masa hadapan yang mampu berdikari serta bersaing di peringkat dunia.
5.Bagi memenuhi keperluan negara masa hadapan dan memastikan segala perancangan kerajaan terlaksana program khas untuk guru-guru sangat diperlukan; misalnya, program latihan berterusan bagi memantapkan kualiti P&P (asas ilmu yang kuat, teknik, teknologi, ilmu khusus dan kepakaran), sistem pemantauan yang cekap, ganjaran yang setimpal, menghargai dan menghormati pada ilmuan.
6. Kumpulan pakar kurikulum yang berkualiti, dinamik dan berterusan meneliti, menganalisis dan memantau kesesuaian dan keberkesanan dalam perlaksanaan.
7. Kumpulan jurulatih perlaksanan kurikulum yang mantap dan setanding dengan kehebatan antarabangsa.
8. Kumpulan pakar dihormati dengan ganjaran dan kemudahan bekerja yang setimpal dengan kepakaran dan bidang mereka. Ini akan menggalakkan pembangunan sumber manusia mengikut kehendak dan keperluan negara.
9. Penyelidikan oleh profesor di universiti di hargai (dalam bentuk gran penyelidikan dan ganjaran).
10.Pembangunan sumber manusia berlaku apabila budaya menghargai ilmuan wujud dalam masyarakat.
Thursday, July 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
PENDAPAT YANG SGT BERNAS...bagaimana pula dgn pendekatan bg guru yg mngajar di sekolah cina...saya nmpak cara mereka bekerja amat berbeza (ada pro and con) tetapi budaya tindas menindas kaum minoriti sgt tinggi....dr mad tlg komen sikit- MAIZATUL
Post a Comment