Saturday, July 31, 2010

Pusat Promosi Sains dan Inovasi Negara


Malaysia sudah ada Pusat Sains Negara, Petrosains dan beberapa agensi yang berperanan dalam mempromosi sains, kreativiti dan inovasi dikalangan generasi muda sejak tadika, sekolah dan universiti. Adakah agensi-agensi ini sudah mencukupi, mampu dan menjanjikan hasrat kerajaan menjadikan sebahagian besar rakyat Malaysia selepas 2020 berlatarbelakangkan sains, jurutera, ahli sains dan doktor pakar. Rakyat Malaysia masa hadapan adalah rakyat yang maju, moden dan hidup dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Di Jepun di setiap daerah mempunyai pusat sains dan kreativiti sendiri yang ditadbir oleh kerajaan tempatan. Ahli penasihat adalah terdiri dari sukarelawan profesional termasuk profesor. Tidak hairanlah rakyatnya mempunyai kekuatan dalam sains dan teknologi. Selepas 30 tahun dasar poandang ke timur mungkin sudah sampai masanya Malaysia mempunyai pusat kreativiti dan inovasi sains di setiap negeri kalaupun tidak di setiap daerah. Dalam 10 tahun akan datang kita akan melahirkan genearsi yang meminati bidang sains dan teknologi.

No comments: