Sunday, August 8, 2010

Langkawi Needs Attention for Future Ecotourism!


Baru-baru ni banyak perhatian diberikan kepada isu pembangunan dan pelancongan di Langkawi;
1. Tun Mahathir komen tentang kehijauan dan kebersihan di Pulau langkawi dalam Blognya (http://chedet.co.cc/chedetblog/=LANGKAWI O' LANGKAWI By Dr. Mahathir Mohamad on May 17, 2010 5:17 PM).
2. Kes obor-obor di Langkawi [Alarm as Box Jellyfish Kills Tourist on Langkawi - Phuket Wan3 Feb 2010 ... Breaking News Latest A box jellyfish is being blamed for the death of a Swedish tourist on Langkawi. Concern about the possible presence of ...phuketwan.com/.../alarm-box-jellyfish-kills-tourist-langkawi-12107/].
3. Lawatan menteri pelancongan Malaysia dan China ke Langkawi.
4. 3-5 Ogos 2010 baru-baru ni ada dialog "Ke arah pembangunan pelancongan lestari di Langkawi" anjuran MNS dan LADA. Panel Prof Ahmad Ismail (UPM/MNS), Dato Hashim Wahab (MNS) bersama ADUN Air Hangat, LADA, Kementerian Pelancongan Kedah dan 15 agensi kerajaan lain dan NGOs serta penduduk tempatan, pengusaha bot dan nelayan.
5. Semalam di Melaka ada Timbalan Menteri komen tentang Langkawi telah kotor.
6. Hari ini (8 Ogos 2010) Seminar Pembangunan Langkawi-halatuju: Ucap Utama oleh TS Nor Mohamad Yakob, YB Dato Bakar Ahli Parlimen Langkawi dan beberapa ahli panel lain.
7. Penerokaan hutan secara haram ditaman dengan pisang sedang berlaku di hutan simpan, sempadan hutan dan aliran bahan buangan ke laut tempat mandi manda pelancongan.
8. Penangkapan gekko juga sedang berlaku sebagai sumber pendapatan sampingan bagi orang yang hanya pikir duit dan tidak pun jadi kaya.
9. Apa kita boleh bantu Langkawi. Kerjasama, pemuafakatan dan kefahaman antara agensi kerajaan sangat penting.
10. Mungkin semua orang perlu lihat Langkawi, lindungi hutan dan haramkan pengeluaran bahan hutan dari Kepulauan Langkawi.

No comments: