Tuesday, August 17, 2010
Memperkasakan Alumni Universiti
Alumni adalah di antara agen penting bagi pembangunan sesebuah universiti. Bagaimanakah kita dapat memperkasakan alumni kerana dengan alumni yang kuat akan meningkatkan imej universiti.
1. Wujudkan suasana di universiti agar mahasiswa mempunyai rasa kepunyaan di universiti atau di fakulti. Segala kemudahan, perkhidmatan dan aktiviti dapat meninggalkan kenangan dan kemesraan kepada mahasiswa sepanjang hayat.
2. Teruskan identiti kampus, misalnya "green campus" kerana ada universiti yang sudah terkenal sebagai sebuah kampus hijau penuh dengan pokok-pokok yang menghijau dengan rekabentuk lanskap yang cantik lagi indah. Tambahan lagi sekiranya kampus hijau itu mempunyai makna tersendiri misalnya kampus sebagai sebuah "aboretum" atau koleksi tumbuhan-tumbuhan unik dusun buah-buahan, komoditi pertanian, tanaman herba atau perubatan, pokok-pokok hutan komersil dan sebagainya. Alumni akan terus berbangga dengan identiti yang unik ini.
3. Kampus sebagai rujukan alumni, misalnya dalam bidang pertanian bukan sahaja pakar pertanian yang ramai tetapi juga bahan, pokok-pokok atau model yang boleh menjadi rujukan awam atau pegawai atau pengusaha yang bergraduat dari universiti berkenaan.Begitu juga dalam bidang pendidikan sains dan teknologi, di mana ada pakar-pakar dalam bidang pendidikan, model-model atau taman pendidikan alam semulajadi dan modul-modul yang boleh alumni rujuk.
4. Dengan adanya tiga perkara di atas alumni sesebuah universiti itu akan sentiasa mengingati universiti lama mereka dan mempunyai alasan untuk datang balik ke universiti semasa berkerjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment