Friday, September 3, 2010

Kenapa Pengetahuan Tentang Biologi Penting?



Biologi dan kehidupan seharian tidak boleh dipisahkan. Kalau kurang pengetahuan biologi banyak kepincangan dalam cara hidup kita seharian. Misalnya menanam pokok untuk lanskap di kawasan rumah teres. Apakah pokok yang ditanam sesuai dari segi fungsi, daun, bunga, akar, musim daun gugur, buah yang menarik burung-burung yang meninggalkan najis atas kain jemoran dan kereta baru, daun kering dan bunga gugur masuk ke kawasan rumah jiran, akar memanjat dan menembusi dinding rumah jiran, akan menjalar bawah tanah dan merosakkan lantai rumah jiran, dan macam-macam lagi. Kesan kurangnya pengetahuan atau kemampuan berfikir secara biologi akan mengundang masalah lain seperti kebersihan, penyakit dan ketegangan hubungan kejiranan. Sebab itulah pendidikan dan penghayatan sains penting dan menjadi keperluan semua orang. Bukan sahaja untuk kerjaya tetapi amalan kehidupan seharian.

No comments: