Monday, September 13, 2010
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin
Kenapa kita masih mengambil masa berjam-jam memasak dodol, merebus ketupat, memasak rendang dan membakar lemang?
Sains menjawab segalanya. Tingkatkan pembelajaran dan kefahaman asas sains sejak awal bagi semua rakyat.
Kita ada institut, universiti dan profesor teknologi makanan. Apakah kita hanya mampu membuat jeruk?
Pembetulan segera perlu dilakukan di peringkat sekolah berkaitan kurikulum, kaedah pengajaran, guru berpengetahuan & pakar sains, kemudahan asas, strategi khas mengikut matlamat dan keperluan serta penerimaan rakyat.
Di luar negara yang suka minum arak, mereka ada pakar tanam anggor, proses anggor jadi arak dan tingkatkan kualiti arak. Mereka ada profesor, universiti, makmal dan peruntukan kewangan yang cukup bagi memajukan penghasilan arak mereka ke tahap dunia.
Di Malaysia sebuah negara Islam tidak mampu membekalkan makanan halal yang diarahkan dalam al-Quran. FIKIRKANLAH & LAKSANAKAN SEGERA!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment