Monday, February 27, 2012

Masa hadapan sains dan teknologi di Malaysia dan fahaman masyarakat Malaysia (Melayu)?)

Hari ini Tun Mahathir bercakap lagi tentang pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Beliau bercakap demikian kepada hampir 300 cendiakawan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya. Walaupun benar kata-kata beliau dan saya sangat bersetuju, namun ramai rakyat Malaysia temasuk di kalangan profesor tidak besetuju sehingga memberi kesan kepada politik negara. Demi mengekalkan kuasa politik kerajaan terpaksa melayan kehendak ramai menolak pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris waaaupun ianya telah lama dijalankan.

Menurut Tun Mahathir lagi, ilmu sains berkembang begitu pantas dimana tidak ada bahasa yang dapat mengikutnya dan ianya berkembang dalam Bahasa Inggeris. Kita tidak mampu menterjemahnya. Untuk menterjemah kita perlu mahir Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan ilmu sains itu sendiri. Tanpa ketiga-tiga ini kita tidak dapat menterjemahnya dengan tepat. Maka sains dan Bahasa Inggeris Sangat penting.

Seperti dalam tulisan saya terdahulu kita mesti kuat dan terus menguasai Bahasa Inggeris dan Sains sekiranya kita mahu maju dan hidup senang.

No comments: