Harta atau sumbangan yang
diberikan wajiblah diurus dan ditadbir oleh pemegang amanah wakaf
menurut niat pewakaf kepada penerima manfat wakaf dengan mengekalkan
asas sumbangan / asset tersebut, dan hanya boleh membelanjakan
pulangannya, manfaat keuntungannya atau hasil daripada harta tersebut
bagi kegunaan orang ramai seperti ditentukan oleh pewakaf atau pemberi
sumbangan.
Monday, July 23, 2012
Sumbangan kepada Wakaf Ilmu sempena Bulan Ramadan
Perkataan “wakaf” berasal daripada
perkataan Arab yang bermaksud, menghentikan atau menahan. Dari sudut
istilah fiqh, wakaf ditakrifkan sebagai harta yang dihentikan
pemilikannya serta ditahan oleh pemiliknya bagi tujuan tertentu dari
sudut syarak untuk dinafkahkan ke jalan Allah, dengan sekira-kira dapat
menghalang penggunaannya daripada dijual atau dimiliki individu lain.
Amalan berwakaf juga disebut sebagai sumbangan, sedekah jariah, infak
dan derma.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment