Siswa ketagih laman sosial: Kajian UPM dapati 90 peratus pelajar Melayu lebih gemar melayari media sosial berbanding mencari bahan ilmiah
Majoriti pelajar Melayu di universiti didapati lebih gemar menggunakan internet bukan untuk tujuan ilmiah sebaliknya bersosial di laman sesawang seperti Facebook, Twitter, YouTube dan lainlain.
Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilakukan sekumpulan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia itu amat membimbangkan kerana hanya 10 peratus pelajar Melayu melayari internet untuk tujuan mencari bahan ilmiah serta maklumat berkaitan tugasan diberikan pensyarah. 90 peratus pelajar Melayu lebih gemar menggunakan medium itu untuk keseronokan berbanding pelajar Cina dan India yang melayari internet untuk tujuan akademik iaitu sebanyak masing masing 40 dan 48 peratus daripada keseluruhan responden."Kajian itu mendapati pelajar Melayu lebih risau tidak dapat mengemaskini maklumat facebook berbanding risau tidak menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah.
No comments:
Post a Comment