Pendidikan sangat penting, perlu dan wajib bagi orang Islam. Pendidikan membentuk manusia menjadi sesuai untuk masyarakat mengikut peringkat dan keperluan. Pendidikan formal boleh membangun manusia secara sistematik, cepat dan berkesan. Sebab itu kita ada sekolah, kolej dan universiti. Kita ada tahap pendidikan, SPM, Bacelor, Master dan PhD serta bidang pengkhususan masing-masing. Di semua institusi berkenaan, kurikulum direka khas mengikut matlamat dan pendekatan tertentu. Dalam proses latihan, pelajar dilatih dalam bidang tertentu dengan penuh disiplin, peraturan dan kemahiran yang diperlukan.
Di universiti, kurikulum direka khas dan dilaksanakan dengan teliti bagi melahirkan graduan berkualiti dan berdayasaing. Kualiti graduan menggambarkan imej sesebuah universiti. Perancangan kurikulum dan perlaksanaan kurikulum sahaja tidak mencukupi. Pemantauan keberkesanannya sangat penting. Apakah kualiti graduan benar-benar seperti yang dirancang. Rata-rata hanya sekadar melihat keputusan akademik semata-mata. Sekarang isu plagiarism, meniru, menipu, tidak jujur, ponteng, tidak serius dikalangan mahasiswa banyak diperkatakan. Kemahiran, kejujuran dan pembangunan intelektual perlu diberi perhatian bagi melahirkan generasi pentadbir, pengurus dan profesional yang berwibawa. Telitikan sikap, budaya, wawasan, kualiti dan amalan mahasiswa sekarang adakah akan menjanjikan hasil pembelajaran yang diharapkan?

No comments:
Post a Comment