Malaysia bangga sudah ada kapal selam sendiri untuk meronda kawasan pantai dan laut kita
Malaysia bangga ada pokok bakau dan boleh ditanam sendiri untuk melindungi pantai dari tsunami serta untuk haiwan diami
Namun burung upeh ini masih mencari tempat asli
Masih ada harimau yang dijerat kaki
Memang sukar untuk dihayati. Pendidikan berterusan tentang alam sekitar dan penjagaannya perlu sama-sama didukungi. Bulan Oktober banyak aktiviti alam sekitar dilakukan oleh berbagai agensi. Mungkin orang kaya, orang senang dan orang terpelajar patut melibatkan diri.

Nak makan nasi ambil masa 4 bulan, nak makan pisang ambil masa setahun, nak makan durian ambil masa 3-5 tahun. Nak dapat SPM 17 tahun. Nak dapat Bacelor 21 tahun. Nak dapat PhD pula 24-25 tahun. Itu dah satu kitaran hidup, umur lazim untuk kawin dan dapat anak. Nak dapat anak pun tunggu 9 bulan 10 hari. Tapi untuk ubah pikiran orang perlu 100 tahun, empat generasi. Bayangkan kalau kita di universiti nak bangunkan sesuatu bidang kepakaran dan berterusan. Berapa lama seorang profesor perlu berkhidmat dan apa strategi patut kita buat bagi meneruskan dan menguatkan bidang berkaitan. Kalau sudah ada antara kita yang lakukan strategi itu pernahkah kita lihat, nilai , hargai dan dicontohi. Atau kita tak kisah apa akan berlaku kepada generasi masa hadapan atau kita tak suka makan durian hanya sekadar makan nasi sejuk atau pisang rebus atau ubikayu panas dengan kelapa parut. Sebab itu kita masih melihat sampah di merata-rata, tanah runtuh masih berlaku, kemusnahan alam sekitar, pencemaran air dan udara, kepupusan hidupan liar terus berlaku dan sukar untuk meneruskan program konservasi dan perlindungan hidupan yang hampir pupus. Kita tidak mahu sampai raja lawak astro suruh kita fikirkan baru golongan intelek dan menteri nak laksanakan. You Fikir La Sendiri!!!
No comments:
Post a Comment