
Kumpulan Indonesia menurunkan lembu dari lori, mengikat dan membawa ke tempat penyembelihan, kumpulan Bangladesh pula mengikat kemas kaki dan kepala lembu sedia untuk di sembelih oleh Pak Imam,


Daging, hati, limpa dan tulang yang dipotong dibahagikan dan dibungkus oleh kumpulan wanita dibawah penyeliaan sekumpulan lelaki yang ditugaskan. Itulah antara keistimewaan ibadat Qurban. Mungkin di tahun hadapan apabila ramai kaum belia sudah matang dan bersemangat tinggi mereka sendiri mampu mengikat, menumbangkan, menyembelih, melapah dan memotong serta membahagikan daging-daging qurban berkenaan.

Namun begitu seperti di tempat-tempat lain juga ramai yang menjadi pemerhati, pengarah dan jurukomen.

Walau apa pun generasi muda tempatan terutama anak-anak masyarakat kelas menengah dan atasan perlu membina jatidiri masing-masing agar budaya dan maruah bangsa sentiasa dijaga.
No comments:
Post a Comment