Wednesday, November 25, 2009

Pencapaian dan Kejayaan


Semua pelajar yang sedang menjawab soalan ujian ini inginkan kejayaan. Ujian adalah satu kaedah terbaik bagi memudahkan penilaian walaupun ianya tidak mengukur pencapaian sebenar pelajar. Siapa yang diukur pencapaian dan siapa pula yang diukur kejayaannya.
Pelajar mohon masuk ke universiti setelah mendapat keputusan peperiksaan yang melayakkan mereka masuk ke universiti. Tetapi tidak semua yang berjaya masuk ke universiti. Bagi yang berjaya mereka mendaftar masuk ke program yang ditawarkan dan mengharapkan mendapat ilmu dalam bdang berkaitan serta akan bergraduat selepas tempoh masa yang ditetapkan. Setiap semester mereka menduduki peperiksaan dan mengharapkan kejayaan. Dan setiap semester juga mereka mengisi borang, menghadiri kuliah,amali, membuat nota dan latihan serta menyediakan kertas kerja.Semuanya dijalankan dengan baik atau dikemukakan pada masa dan tarikh yang ditetapkan.
Cuba fikirkan yang mana satu pencapaian dan yang mana satu kejayaan?
Semasa di universiti pelajar dilatih sedemikian rupa bagi mencapai tujuan pada masa dan tarikhnya agar mereka mendapat kejayaan, lulus dan mendapat ijazah. Mereka tidak pernah dilatih menunggu kertas kerja datang sendiri, atau bilik kuliah datang ke riba dan mereka didukung ke dewan peperiksaan. Mereka tahu dan sudah menjadi budaya pelajar mereka mesti penuhi semua itu untuk mendapat kejayaan.
Malangnya apabila sudah bekerja, oleh kerana budaya setempat dan tiap bulan mendapat gaji maka budaya telah berubah, tidak perlu lagi menunjukkan pencapaian bagi mendapat gaji. Memadai membuktikan yang tiap hari datang ke tempat kerja.
Katakan seorang pegawai ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan disampaikan kepada pihak tertentu pada tarikh yang ditetapkan. Apabila tarikh itu tiba walaupun maklumat itu tidak lengkap pegawai berkenaan akan dapat juga gaji bulanannya kerana dia hadir di tempat kerja setiap hari. Sekiranya disoal kenapa maklumat tidak lengkap mungkin ada alasan berbagai misalnya ada orang yang tidak hantar kepadanya. Padahal tugas yang diberikan kepadanya adalah mengumpul maklumat. Maknanya pegawai berkenaan tidak menjalankan tugasnya dengan lengkap. Kalau semasa belajar dahulu dia tidak boleh menyalahkan pemandu bas kerana lewat ke dewan peperiksaan atau salahkan kucing atau biawak melintas jalan menyebabkan pemandu bas brek dan bas bergerak perlahan. Pelajar juga tidak boleh salahkan hujan. Semasa belajar dahulu pelajar itu mesti datang ke dewan peperiksaan pada masa yang tepat dan menjawab soalan dengan tepat dan teliti untuk mendapatkan kejayaan yang cemerlang. Di mana budaya yang dipupuk semasa belajar dahulu tidak diamalkan semasa bekerja?
Teringat kita kepada pensyarah atau guru sekolah yang mempunyai jadual waktu untuk mengajar atau memberi kuliah, mempunyai ujian, memeriksa kertas ujian, memberikan markah dan megemukakan markar kepada pihak yang bertanggungjawab. Pensyarah pula mesti melakukan penyelidikan dan menerbitkan artikel ilmiah. Bahan kuliah atau pengajaran direkodkan, soalan, skema dan jawapan direkodkan, kehadiran kuliah direkodkan, markah pelajar terima diakhir semester atau tahun dalam buku rekod, kertas kerja yang diterbitkan juga direkodkan malah ditetapkan tahap kualitinya. Maknanya jelas pencapaian yang diukur bagi pensyarah atau guru berkenaan. Pelajar bergraduat pada masanya. Kejayaan pelajar adalah hak mereka dan mereka yang menghendakinya. Malah polis pun ada jadual kerja dan laporan harian. Bagaimana penjawat awam lain? Bagaimana pencapaian mereka diukur bagi membolehkan mereka dibayar gaji setiap bulan?. Pencapaian diutamakan!

No comments: