Sunday, November 15, 2009
Semua pakat cakap nak jadi universiti bertaraf dunia. Tapi macam mana?
Kalau betul-betul nak jadi universiti bertaraf dunia senang saja.
1. Niat kena betul dan bersungguh-sungguh mengarah kepada matlamatnya.
2. Semua kena pakat buat, jangan harap kat ketua saja.
3. Ketua pulak kena faham erti universiti kelas dunia. Jangan pakai agak-agak atau ikut orang saja. "Jangan Dengar Khabar Angin"
4. Sanggup berkorban masa, tenaga dan wang.
5. Sediakan plan strategi yang mantap.
6. Sediakan infrastruktur yang sesuai dengan universiti bertaraf dunia. Mulakan dengan kekuatan bidang yang sedia ada bukan fokus kepada benda yang baru nak bertunas dan belum tahu arah tujuannya. Kalau 10 tahun dulu sudah kita lakukan maka sekarang sudah ada 10 makmal atau bidang berkelas antarabangsa.
7. Menghargai kekuatan yang telah terbina sekian lama.Kaji sejarah universiti berkenaan kerana sejarah, tradisi dan kecemerlangan selalunya berkaitan. "must have a good succession plan"
8. Kenalpasti dan menghargai pelupor bidang-bidang yang telah terkehadapan dan bertaraf dunia.Jangan biarkan mereka ini menunggu pencen sahaja. Sokong bidang mereka dan didek orang baru.
9. Bidang terkehadapan tidak semestinya bidang yang dipatenkan atau dikomersilkan. Bidang asas juga yang menjadi rujukan antarabangsa patut dikategorikan sebagai bidang yang terkehadapan.Misalnya bidang biodiversiti satu bidang tertua dan terkehadapan di Malaysia, kenapa sekarang kurang tarikan?
10. Sediakan baget yang mencukupi bagi membangunkan bidang berkaitan.
11. Pihak pengurusan mesti serius dan bertindak cepat apa-apa keputusan yang telah dibuat. Tidak seperti pahat dengan merton. Tengok jam selalu pastikan ianya berdetik dan jarumnya bergerak. Tidak pakai jam mati.
12. Pihak pengurusan mesti ada target dan milestone. Pencapaian perlu dipantau. Minit mesyuarat, arahan, dan pekeliling bukan satu pencapaian beerti. Pencapaian yang beerti adalah apabila projek berkenaan berjalan seperti yang dalam objektifnya.
13. Rujuk rakan sebaya seperti universiti di Thailand, Singapura dan Indonesia.... atau Maldive dan mana universiti di Afrika(?). Adakah kita lebih baik, setara atau tercorot.
14. Faham matlamat dan strategi kerajaan pusat atau kementerian.
15. Laksanakan matlamat negara dengan penuh strategik dan perlaksanaan yang mantap dan bukan sekadar menyediakan laporan tanpa melihat kesannya.
16. Hubungan antarabangsa. Bagi universiti yang dah tua tak payah pening kepala cari hubungan baru. Guna saja hubungan yang sedia ada dan perkukuhkan. Universiti tua sudah tentu ada pegawai atau profesor yang sudah ada kenalan atau kerjasama dengan universiti bertaraf dunia. Berikan pengiktirafan kepada mereka, sokong mereka dan sediakan baget yang secukupnya. Lebih menjimatkan dan cepat berhasil berbanding dengan bina hubungan baharu.
17. Sediakan baget, infrastruktur dan buat strategi yang baik serta fokus. Hubungan antarabangsa jangan dilihat sebagai peluang untuk melancung. Buatkan perancangan hubungan dengan universiti bertaraf antarabangsa yang boleh dipantau perkembangannya.
18. Berani mengambil pelajar terbaik diperingkat ijazah pertama dan lepasan ijazah. Anggapkan universiti bukan badan kebajikan masyarakat tetapi sebagai agen menjana kecemerlangan bertaraf dunia. Pastikan nisbah pelajar:pensyarah bertaraf dunia.
19. Aturkan strategi dan bersungguh-sungguh menjadikan universiti yang mempunyai kriteria yang memberikan kesan kepada peningkatan kualitinya, kaedah pengajaran yang berkesan membangunkan intelek bertaraf dunia, meningkatkan kualiti penyelidikan dan mendapatkan serta mempunyai pelajar yang berkualiti dari semua aspek termasuk Bahasa Inggeris yang menjadi ukuran antarabangsa.
20. Universiti kena menerima hakikat bahawa menghargai pegawai yang berkualiti dan cemerlang adalah lebih baik dari pegawai yang mencari penghargaan. Ketua kena berani mencari dengan adil pegawai yang benar-benar cemerlang daripada melihat kepada janggut, kepala, belakang, perut yang boroi atau ekor ikan patin yang berebut roti yang ditabur dilubuk (dimana ketua ikan agaknya?).Institusi intelek sepatutnya membuat penilaian tepat dalam menghargai dan menghormati individu berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment