Sunday, January 10, 2010

Audit Prestasi Akademik (APA)

semua nampak minat sebab Dekan minat? Mari kita semua minat.
NOKIAE90
Ceremonial or Reality? Come together we go for it

SOALAN LAZIM BERKAITAN AUDIT PRESTASI AKADEMIK (APA)

1. Apa itu APA?
APA adalah Audit Prestasi Akademik (Academic Performance Audit)
2. Apakah faedah yang boleh didapati dari APA?
Dengan melaksanakan APA sesebuah instutusi akan mendapat status Swa Akreditasi.
3. Apakah Swa Akreditasi
Swa akreditasi adalah satu status yang melayakkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengakreditasi sendiri program pengajian tanpa perlu mendapat kelulusan MQA dan KPT dan hanya dimaklumkan sahaja kepada MQA dan KPT tertakluk kepada pemantauan berterusan dan audit institusi oleh MQA. Walaubagaimana pun, akreditasi tersebut tidak termasuk program profesional yang masih perlu mendapat akreditasi dan pengiktirafan badan profesional yang berkaitan.
4. IPT mana yang dipilih untuk mendapatkan status Swa Akreditasi
Menteri Pengajian Tinggi telah mempelawa IPT memohon mendapatkan status SWA-akreditasi kepada 8 IPT iaitu:
a) Semua universiti Penyelidikan (RU) di Malaysia (UM, UKM, UPM dan USM)
b) 4 cawangan universiti luar negara Monash University Malaysia, University of Nottingham Malaysia, Curtin University of Technology, Sarawak dan Swinburne University of Technology (kampus induk di negara asal telah sedia ada status swa-akreditasi)
5. Bagaimana untuk mendapatkan status Swa Akreditasi
Untuk mendapatkan status Swa-akreditasi IPT mesti melepasi audit institusi (APA) berpandukan : Code Of Practice For Institutional Audit (COPIA) dengan menyediakan SELF-REVIEW PORTFOLIO (SRP).
6. Senaraikan sembilan bidang utama dalam SRP
1. Visi, Misi, Matlamat Pendidikan dan Hasil Pembelajaran
2. Reka Bentuk dan Penyampaian Kurikulum
3. Penilaian Pelajar
4. Pemilihan Pelajar dan Perkhidmatan Sokongan
5. Staf Akademik
6. Sumber Pendidikan
7. Pemantauan dan Penyemakan Semula Program
8. Kepemimpinan, Urustadbir dan Pentadbiran
9. Penambahbaikan Kualiti secara Berterusan dan Total


7. Apakah Visi, Misi, Matlamat UPM?
VISI
Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa

MISI
Menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama, yang memberikan sumbangan bukan sahaja kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara bangsa, tetapi juga kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu sejaga

MATLAMAT

1. Melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berusaha untuk terus maju.
2. Memperkasakan pelajar UPM dengan penguasaan kemahiran insaniah.
3. Menjadikan UPM sebagai Universiti Penyelidikan yang terkemuka.
4. Memperkasakan UPM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan pertanian.
5. Meningkatkan jalinan industri dan masyarakat.
6. Mengurus modal insan dan persekitaran kerja dengan cemerlang.
7. Memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti berteraskan amalan terbaik.
8. Menjana dan mengurus sumber kewangan universiti secara cekap dan berkesan.
9. Menjadikan universiti terhubung sepenuhnya dengan berasaskan ICT.
10. Memperkasakan UPM melalui Alumni

8. Senaraikan sembilan hasil pembelajaran KPT
1. Pengetahuan
2. Kemahiran teknikal/ praktikal/psikomotor
3. Pendekatan kemahiran berfikir dan saintifik
4. Kemahiran komunikasi
5. Kemahiran sosial dan bertanggungjawab
6. Profesionalisme, nilai, sikap dan etika
7. Pendidikan sepanjang hayat dan pengurusan informasi
8. Kemahiran pengurusan dan keusahawanan
9. Kemahiran kepemimpinan

No comments: