Thursday, January 7, 2010
Budaya Ilmu
Pada semester lepas (Julai 09/10) saya mengajar 3 kursus dan semester ini (Dec 09/10) 3 kursus lagi selain daripada menyelia 3 pelajar ijazah, 13 ijazah lanjutan dan membantu 3 kursus lain. Bagi yang pakar dalam bidang beban kerja atau Jam Pensyarah Bekerja (mengajar/perundingan) bolehlah mengira masa dan tenaga yang telah digunakan. Bagi pakar bidang nilai-nilai manusia pula, bagaimana boleh diberikan ganjaran bagi kerja-kerja lebih jam sebegini.
Dalam masa pertemuan dengan pelajar, ada beberapa perkara berkaitan dengan P&P dibicangkan. Antaranya ialah pemilihan kursus oleh pelajar. Ramai pelajar yang memberitahu mereka memilih kursus-kursus yang ditawarkan di Fakulti atau Jabatan adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu kursus yang diwajibkan atau yang disyaratkan untuk mendapat ijazah dan untuk melengkapkan kredit bergraduat. Ada pula menambah kursus yang mudah lulus atau mendapat A. Tidak ramai yang menjawab kerana berminat atau ingin mendalami ilmu dalam bidang berkenaan daripada pensyarah berkaitan. Malangnya ramai pelajar mendapat panduan daripada senior mereka yang tidak juga cemerlang, bukan daripada penelitian, minat dan pilihan sendiri. Oleh itu kalau dibuat tinjauan ada kursus-kursus yang ramai pelajar dan ada kursus yang tiada pelajar, walaupun kursus itu menarik. Pelajar berkelompok-kelompok. Satu orang memilih sesuatu kursus dan yang lain juga mengikut. Bagaimana hendak mengubah budaya ini dikalangan pelajar. Pengelompokan pelajar begini terutama bagi kursus khas/elektif sukar mendapat tumpuan dan perbincangan tentang bidang berkenaan.
Mingkin kita perlu kategorikan di mana pelajar mengambil sesuatu kursus adalah kerana minat dan mendalami bidang berkenaan dan pensyarah pula menawarkan kursus berkaitan kerana ingin mengembangkan kursus bidangnya kepada generasi muda dengan memberikan maklumat baru melalui kajiannya.
Malaysia sangat memerlukan masyarakat yang berbudaya ilmu. Populasi Malaysia 25-30 juta berbanding jiran kita 70-300 juta. Jadi kita perlu lebih agresif, berilmu, kreatif dan berinovasi. Generasi pelajar sekarang perlu menyambut seruan ini. Kita ada MSC, Iskandar Malaysia, dan koridor ekonomi lain. Adakah hampir 30 juta rakyat Malaysia mampu melaksanakan projek mega yang disebutkan itu yang memerlukan ahli sains, jurutera, pendidik, doktor dan sebagainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment