Friday, April 30, 2010

Apa Reaksi UPM Tentang Cadangan Tan Sri Rozali Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd yang juga Pro Canselor UPM?

picBKKUPM
UPM Terpilih Teraju Program Pemuliharaan Alam Sekitar


SERDANG, 27 April – Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Sdn Bhd, Tan Sri Rozali Ismail mencadangkan kerajaan melantik Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai peneraju, perancang dan pelaksana program pemuliharaan alam sekitar.

Beliau berkata sebelum itu, Universiti Kebangsaan Malaysia terpilih menjadi universiti yang melaksana dan merancang program untuk golongan remaja sebagai golongan sasaran.

“Memandangkan UPM sebagai salah satu universiti terkemuka di Malaysia, ia terlibat secara langsung dalam aktiviti dan kursus alam semula jadi serta mempunyai kepakaran dalam bidang ini,” katanya pada majlis pelancaran Kelab Briged Penyelamat Sungai kali ke 24 di sini.

______________________________

Universiti Putra Malaysia sudah lama berpengalaman dalam pendidikan alam sekitar bekerjasama dengan ESSO, Shell, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan & Selangor dan lain-lain serta penulis modul pendidikan alam sekitar Jabatan Sains dan Alam Sekitar Malaysia sudah tentu mampu untuk menjalankan aktiviti yang dicadangkan oleh Tan Sri Rozali Ismail. Pendidikan alam sekitar akan lebih berkesan dengan kefahaman tentang ekologi persekitaran serta proses kehidupan yang berlaku di sekeliling manusia hari-hari.

No comments: