Friday, April 16, 2010

Kenapa Kita Memerlukan Sungai ?

Sungai Kinta, Perak (Berhampir Tanjung Rambutan and hilir sungai dari Bandaraya Ipoh ke arah Sungai Perak).

Hutan tanah tinggi melindungi puncak bukit, lereng bukit dan lurah-lurah bukit daripada hakisan tanah serta menapis air yang melalui pokok-pokok serta sistem hutan dan menghasilkan air yang bersih bebas dari keladak dan kuman. Tanah tinggi memerangkap awan tebal dan mendatangkan hujan. Air hujan yang terperangkap di dalam hutan mengalir perlahan-lahan ke anak-anak sungai dan sungai melalui permukaan tanah atau bawah tanah. Aliran air ini berterusan menjaminkan hidupan termasuk manusia mendapat air bersih sepanjang hayat turun temurun. Berasaskan fenomena ini manusia mesti sedar akan kepentingan bukit bukau, hutan dan sungai untuk kesejahteraan kehidupan manusia. Air berguna untuk minuman, kegunaan rumah tangga, aktiviti harian, pertanian dan industri setiap hari. Tanpa air kehidupan manusia akan bermasalah, tidak selesa, tidak sihat dan boleh menyebabkan KEMATIAN.
(FRIM Kepong)
Apa kita perlu lakukan untuk melindungi hutan tanah tinggi dan sumber air.
1) Mendapat pengetahuan yang lengkap tentang sumber air, kos bekalan air dan perlunya mendapatkan sumber air bersih yang berterusan.Dapatkan pengetahuan daripada agensi bertauliah, melatih facilitator/guru dan masyarakat.
2) Mempunyai kefahaman mendalam tentang sumber air apabila membuat keputusan penggunaan tanah dan air untuk aktiviti manusia seperti pertanian dan sebagainya. Hal ini sangat penting bagi penduduk tempatan dan agensi terlibat (Kerajaan/NGO/ Politik/Pihak Pemaju).
3) Mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat serta penguatkuasaannya bagi menjaga sumber air. Pegawai penguatkuasaan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Program latihan berterusan pegawai penguatkuasa adalah satu keperluan kerana isu, teknologi, keadaan dan masa berubah-ubah.
4) Pengetahuan dan kaedah seperti menyediakan kawasan rezab sungai yang cukup bagi menapis hakisan permukaan, bahan cemar, kawasan lindungan serta habitat hidupan liar. Konflik antara agensi kerajaan perlu difahami dan di selesaikan (misalnya Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerjaraya, Jabatan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Majlis Kerajaan Tempatan dan lain-lain. Purple Heron at Putrajaya (Photo by Faid)
5) Penglibatan masyarakat di hulu sungai dalam aktiviti kawalan pencemaran sungai, NGO, Agensi Kerajaan.
6) Rujuk PAKAR!



Bagaimana semua orang boleh terlibat dalam pengurusan dan penjagaan sungai?

1. Bagi masyarakat yang tinggal berhampiran sungai atau sekolah yang berhampiran sungai boleh menentukan kawasan yang menjadi sumber air bersih untuk kegunaan masyarakat setempat atau sekitarnya.
2. Menilai kualiti air sungai, punca perubahan kualiti air sungai, kegunaan air sungai berkenaan dan menilai kesesuaian penggunaannya untuk minuman, pertanian atau industri atau tidak sesuai digunakan langsung serta merbahayakan kesihatan.
3. Mengambil tindakan yang sesuai bagi menangani isu tempatan; misalnya memaklumkan kepada pihak bertanggungjawab, mendidik masyarakat tentang status sungai, kualiti air, penggunaannya dan bagaimana menyelesaikannya.
4. Sekiranya berlaku pencemaran atau perubahan kualiti air yang disebabkan oleh masyarakat tempatan misalnya sampah, limpahan buangan ternakan, kumbahan industri dan pertanian, mungkin boleh dikawal oleh masyarakat sendiri.
5. Masyarakat tempatan perlu faham tentang sungai, morfologinya, ekologinya, sebab perubahan kualiti air sungai dan tahu menyelesaikan masalah pencemaran air sungai.
6. INGAT!! Sungai bukan tempat membuang sampah dan bahan kimia. Air sungai digunakan untuk bekalan air minuman dan kegunaan domestik serta pertanian dan industri.
7. Aktiviti NGO setempat membantu isu-su pendidikan, pemantauan, penjagaan dan penyelamat sungai.
8. RUJUK KEPADA PAKAR, AHLI SAINS, PROFESOR!!!

No comments: