

Burung enggang unik di Parit 13, Sungai Panjang, Sabak Bernam. Akibat dari tekanan ke atas habitat mereka sekitar Hutan Simpan Sungai Karang yang menjadi sumber air kawasan berkenaan dan tempat burung enggang bersarang dan membiak, mereka telah beradaptasi hidup di habitat manusia. Penduduk Parit 13 telah menunjukkan sifat yang positif menerima burung-burung ini dan membantu untuk mengembangbiak di tempat mereka.Walaupun begitu ada beberapa orang yang masih primitif ingin membunuh burung ini kerana kononnya menjadi musuh tanaman, boleh dijadikan ubat, mengganggu kehidupan harian mereka kerana mengeluarkan bunyi bising dan tidak penting dalam kehidupan manusia. Ada antara mereka yang dilaporkan mengganggu tempat burung enggang mengeram telur dan membesarkan anaknya.Projek kesedaran awam dan galakkan membiakan burung enggang ini dijalankan sejak lebih dua tahun dahulu. Lawatan dan perbincangan berkala dilakukan di kampung berkenaan dan kemudiannya dilakukan program kesedaran di kalangan kanak-kanak dan ibu bapa menerusi Tabika Kemas. Tok Sidang En Arifin Enan serta Penyelia Kemas menyokong aktiviti ini bersama Kemas. Hari ini satu lagi aktiviti berkenaan dijalankan atas permintaan penduduk. Sokongan penduduk Parit 13 ini boleh menjadi model antarabangsa sokongan penduduk dalam konservasi burung enggang yang terancam ini.



Kanak-kanak sedang mewarna gambar burung enggang sambil menghayati keindahan dan kepentingan konservasi burung enggang.




1 comment:
Kt rmh sy ada enggang tngh mengeram tlur dlm pti surat dpn umah.. Xsbar nk tngok ank enggang.. Tp tkut gak srang dia diancm ngn bdk2.. Ske tngk brung jntn bg mkn kt btina...
Haha...
Post a Comment