Thursday, May 27, 2010

Harapan Berputik


Hari ini atau minggu ini ibubapa ke sekolah mengambil kad laporan kemajuan anak-anak dan berjumpa guru-guru belajar untuk menjadi guru di rumah.
Inilah dilema masyarakat Malaysia, ibubapa adalah segalanya; menjadikan anak, melahirkan anak, membesarkan anak, mengajar anak tentang kehidupan, akademik dan kokorikulum.
Disamping itu menghantar anak-anak kesekolah untuk diajar oleh guru, ke surau untuk diajar oleh pak imam dan bermasyarakat.
Ringkasnya ibubapa segalanya dalam menjadikan anak seorang manusia yang sempurna fizikal, keilmuan, kemahiran dan spiritualnya.
Amat malanglah anak-anak yang tidak mempunyai ibu bapa atau ibubapa yang terlampau sibuk mencari rezki keluar awal pagi dan balik lewat malam.
Beruntunglah anak-anak yang mempunyai ibubapa yang mempunyai banyak masa untuk memberikan tumpuan kepada kemajuan mereka.
Daripada kepelbagaian latarbelakang dan corak kehidupan ibubapa dan keluarga menghasilkan kepelbagaian dalam generasi masa hadapan.SIAPA YANG AKAN CORAKKAN GENERASI AKAN DATANG DAN APAKAH RUPA MASYARAKAT GENERASI AKAN DATANG YANG AKAN TERJADI ATAU YANG KITA MAHU. GURU ATAU IBUBAPA ATAU KOMUNITI ATAU KERAJAAN. ....ATAU CUKUP BULAN DAPAT GAJI!!!

No comments: