Sunday, May 9, 2010
UPM Juara Rakyat! kali ini di Tanjung Karang Pula
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato Seri Noh Omar menyarankan petani di Tanjung Karang bekerja lebih kuat lagi untuk menambahkan hasil dan pendapatan masing-masing. Kawasan padi di Kedah, Perak dan Selangor semakin mengecil akibat pembangunan dan aktiviti pertanian lain. Kedah dengan pembangunan perumahan dan kilang, Perak dengan pembangunan kilang dan ikan arowana manakala di Selangor dengan burung walit. Maka ia menyarankan agar petani mempelbagaikan aktiviti pertanian dan menggunakan teknologi moden. UPM boleh membantu melalui khidmat pakar pertanian yang dianjurkan dari masa ke semasa. Inovasi dalam pertanian dan penggunaan peralatan moden dalam pertanian akan menarik generasi muda menjadi petani.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment