Wednesday, May 19, 2010

Staf di luar negera


kadang-kadang staf kita di luar negera juga ingin "glamour" dalam surat khabar. Mereka ini adalah dua tutor UPM yang bakal mendapat ijazah PhD (seorang telah tamat)pada 2010 dari the University of Tokyo, sebuah universiti terunggul di Asia. The University of Tokyo juga telah menandatangani MoU dengan UPM dan mempunyai projek penyelidikan sains asas bersama untuk tempoh lima tahun (2009-2014). Dua pencapaian ini (menghantar pelajar ke universiti terkemuka di dunia dan kerjasama penyelidikan)adalah sebagai menyahut seruan kerajaan dalam mengantarabangsakan aktiviti pendidikan negara dan bekerjasama dengan universiti terkemuka di dunia. Bagi terus menjayakan program ini, peneroka program perlu dihargai dan peruntukan kewangan perlu di sediakan secukupnya bagi menjayakan penyelidikan bersama dan pemindahan teknologi berlaku dengan baik serta menguntungkan negara dan generasi masa hadapan.

No comments: