Thursday, June 24, 2010

Di mana kita boleh menyumbang untuk negara

Semua orang boleh menyumbang kepada negara dan di mana-mana sahaja. Bagi seorang ahli akademik mungkin lebih bernasib baik kerana boleh menyumbang melalui pengajaran di universiti menghasilkan cerdik pandai, intelek yang mampu bersaing dan mengamalkan ilmu dan pengalaman yang didapati di universiti melalui profesor berkaitan. Disamping itu melalui penyelidikan ahli akademik dapat menyumbang idea-idea dan maklumat baharu kepada masyarakat, industri dan rakan sekepakaran bagi menggunakan idea atau maklumat itu di tempat dan masa yang lain dalam pentadbiran, pengurusan dan membuat keputusan. Ahli akademik juga sentiasa berpeluang mendampingi masyarakat melalui aktiviti komuniti, NGO dan agensi kerajaan. Secara am ahli akademik boleh bekerja "from the wild to the lecture room and from laboratory to parlimen". Bagi menghasilkan ahli akademik seperti ini dua perkara boleh dilakukan; pertama memberikan gaji yang setimpal dan sewajarnya sesuai dengan kedudukan mereka sebagai seorang ilmuan, pakar dan mempunyai idea terkehadapan ATAU memberikan peruntukan kewangan untuk kerja penyelidikan dan pengembangan. Agensi yang berkaitan perlu menimbangkan hal pembangunan sumber manusia adalah bermula dari kepakaran profesor, bukan dari buku teks semata-mata atau jaringan intrenet. Profesor kita perlu ditingkatkan kualiti dahulu sebelum meningkatkan kualiti graduan dan generasi intelek masa hadapan. Isu dan maklumat tempatan perlu dikuasai sepenuhnya bagi membangunkan masyarakat sendiri. Tugas Profesor di universiti bukan tolong membaca untuk mahasiswa (bedroom reader) tetapi memberikan idea baharu, memacu mahasiswa ke arah penguasaan, inovasi, kreativiti dan kecemerlangan ilmu bidang-bidang tertentu. Majlis profesor yang diwujudkan haruslah berfungsi sesuai dengan hasrat negara membangunkan masyarakat/sumber manusia dan teknologi masa hadapan.

No comments: