Sejak kerajaan Malaysia memperkenalkan IRPA dan sekarang berbagai geran penyelidikan melalui berbagai agensi kerajaan menjanjikan penemuan baharu, pengkomersilan dan mengembangkan kemantapan pengetahuan sains dan teknologi. Pembangunan sains dan teknologi sesebuah negara menjadi tulang belakang kepada pembangunannya. Pengalaman negara maju telah membuktikannya dan akan membuang masa sekiranya kita terus membahaskan tanpa melaksanakan dengan cepat.
Banyak perkara dan cara boleh dilakukan bagi mempercepatkan pembangunan sains dan teknologi negara. Antaranya adalah objektif, matlamat, manafaat, fokus, geran penyelidikan, kepemimpinan dalam pembangunan penyelidikan sains dan teknologi, ahli sains, penerusan kajian dan pengembangan oleh kumpulan penyelidikan (eg. profesor, pelajar, pasca doktoral dan jaringannya), pemantauan jangka pendek dan panjang. Kalau profesor di Jepun menjalankan penyelidikan bidang yang sama dan berkaitan selama 30-50 tahun, mempunyai lebih 100 jaringan profesor, pasca doktoral dan penyelidik yang bergraduat dari makmalnya terus mendapat pengiktirafan dari kerajaan dengan mendapat geran penyelidikan, tidak hairanlah negara Jepun terus maju dalam pembangunan penyelidikan sains dan teknologi. Di kebanyakan negara membangun ada profesor menukar bidang penyelidikan 5-10 kali mengikut peruntukan kewangan, selera semasa dan kepemimpinan dalam penyelidikan. Akhirnya bidang yang profesor berkenaan dilatih 30 tahun dahulu yang memakan belanja lebih USD100K duit rakyat terbengkalai dan mati.Dalam kes Malaysia kalau dilihat perancangan 15 tahun dahulu, mungkin kita tertinggal selama 25 tahun sekarang dari segi kadar pembangunan sains dan teknologi yang diharapkan. Sebelum 2020 kita kenalah fikir semula dan mantapkan strategi pembangunan sains dan teknologi untuk bersaing dengan hampir 3 bilion jiran yang agresif memajukan sains dan teknologi mereka dalam semua bidang demi kesejahteraan rakyat dan kekuatan ekonomi mereka. Mungkin kita kena di hadapan walaupun terpaksa berundur (kita berada di hadapan sambil berundur/melangkah ke belakang dan memandang orang lain yang mara ke arah kita) daripada melihat dan mengikut pembangunan orang lain dan apa orang lain berkata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment