INFINITI
Tukar botol untuk sewa basikal
KIRA-KIRA 60 orang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor berpakaian baju berwarna merah pada pagi minggu lalu. Mereka bersiap sedia dengan basikal masing-masing untuk dilepaskan.
Sebaik bendera pelepasan diangkat ke atas oleh Pengurus Besar Rantau Malaysia-Singapura-Brunei, The Coca-Cola Company (Coca-Cola), Gill Mclaren, para pelajar tersebut mula mengayuh mengelilingi kampus itu.
Bukan tujuan berlumba, perjalanan dari tempat mula iaitu di Jalan Tulang Daing mengelilingi kampus, kemudian balik semula ke tempat asal hanya memakan masa lebih kurang 10 minit dengan menunggang basikal.
Berbanding pelajar yang menaiki bas kampus, mereka terpaksa mengambil masa yang panjang dari waktu menunggu bas lebih lama daripada tempoh 10 minit untuk ke fakulti masing-masing.
Usaha menggalakkan pelajar berbasikal itu merupakan sebahagian daripada kempen Recycle to Cycle dengan kolaborasi UPM dengan Coca-Cola. Kempen Recycle to Cycle baru-baru ini juga bertujuan menggalakkan mahasiswa mengitar semula botol polietilena terephthalate dan tin aluminium.
Untuk mengitar semula botol dan tin, caranya mudah, para pelajar hanya perlu membawa barang-barang tersebut ke pusat kitar semula bagi ditukarkan dengan basikal untuk digunakan sekitar kampus berbanding mendapat wang.
Setiap botol dan tin yang dikitar semula akan diberi poin untuk dikumpul, kemudian ia boleh digunakan untuk menyewa basikal.
diperkenalkan untuk kemudahan kumpulan itu.
Semakin banyak poin yang dikumpul melalui kuantiti barang yang dikitar, semakin banyak masa yang mereka dapat menggunakan basikal di dalam kampus.
UPM mendapat geran sebanyak RM750,000 daripada Coca-Cola untuk menjalankan kempen itu yang merangkumi basikal sebanyak 200 buah sebagai permulaan dan pusat kitar semula untuk tempoh dua tahun.
Projek itu merupakan sebuah program yang lestari kerana semua barang-barang yang terkumpul akan dijual dan wang yang didapati digunakan semula dalam Recycle to Cycle.
Program dan pusat itu diurus oleh para pelajar dengan mendapat sokongan Jabatan Biologi, Fakulti Sains
“Projek ini merupakan yang pertama seumpama di seluruh dunia. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan pengeluaran karbon di dalam kampus, tetapi mengurangkan gaya hidup sedentari (tidak aktif),” kata Mclaren pada majlis pelancaran itu.
Kempen tersebut dimulakan oleh sekumpulan sukarelawan dari Fakulti Sains dengan menjalankan acara santai bertujuan mempromosi amalan kitar semula dengan mengayuh basikal.
Setakat ini, aktiviti mengayuh basikal dan berjalan kaki lebih aktif di Fakulti Perubatan dan Sains. Kini, aktiviti tersebut telah dikembangkan ke seluruh kampus dan majlis pelancaran itu menjadi tanda ia dimulakan.
“Kami menyasarkan seluruh kampus akan menggunakan basikal dan berjalan kaki menjelang bulan September ini. Kami menjalankan kajian, masa yang diambil untuk berjalan antara dua buah kampus kira-kira dua minit,” terang Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan.
Bagi merealisasi matlamat tersebut, pelbagai insentif kepada pelajar dibuat seperti bakal membuat lorong khas untuk berbasikal dan berjalan kaki.
Bagi wanita yang sering memakai baju kurung, basikal dengan kuasa bateri juga akan
Terdapat tiga bahagian diberi penekanan oleh pihak pengurusan UPM supaya matlamat tersebut dapat dibuat iaitu di kawasan residensi, akademik dan semua zon antara kedua-duanya.
Selain dapat mengurangkan masa perjalanan, menunggang basikal juga merupakan aktiviti yang sihat sekali gus membolehkan pelajar memberi fokus di dalam kelas dengan fizikal sentiasa cerdas.
UPM merupakan antara pusat pengajian tinggi yang sering mempromosikan aktiviti memulihara alam sekitar di Malaysia. Ia juga berada pada kedudukan keenam dalam kalangan 95 universiti dalam Ranking Universiti GreeMetric 2010.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Jabatan Biologi, Profesor Ahmad Ismail, Pengarah Komunikasi dan Ehwal Semasa Coca-Cola, Kadri Taib dan Pengurus Rantau Komunikasi Jenama Coca-Cola, Amanda Lin.
No comments:
Post a Comment