Saturday, August 1, 2009

Apa Aktiviti Sains Bulan Ogos?

Systematic awareness programme started from schools
Why everyone need forest
Understanding Solid Waste and Coastal Environment
Understanding and appreciate nature


River, water, waste and environment=why we need scientists, engineers and education



Mungkin pada bulan Ogos setiap tahun rakyat Malaysia berfikir tentang menyambut ulang tahun kemerdekaan negara daripada British pada 31 Ogos 1957. Ramai akan bercakap tentang perpaduan, sejarah kekuatan dan perpaduan orang Melayu mendapatkan kemerdekaan dari penjajah British, Jati diri Melayu, kongsi kuasa dikalangan kaum di Malaysia, hak kerakyatan dikalangan bukan Melayu, pencapaian ekonomi antara kaum yang masih tidak seimbang dan sebagainya. Sudah pasti tahun ini akan bergemuruhlah "Semangat Satu Malaysia". Sepanjang kemerdekaan negara tiap tahun pemimpin bercakap perlunya sains, kita perlu ramai doktor, jurutera, doktor gigi, ahli ekologi, sains akan memacu pembangunan negara dan sebagainya. Kita telah adakan motivasi sains di seluruh negara. Kita telah menghantar angkasawan ke makmal angkasa lepas dan angkasawan telah melawat ke sekolah bersalaman dan mengambil gambar dengan murid-murid sekolah. Kita bercakap tentang tanah runtuh, kepanasan bumi, perubahan cuaca, banjir kilat, bangunan runtuh, jerebu dan macam-macam lagi. Sekarang pula kita ada Kementerian Teknologi Hijau dan sedang memikirkan apa yang akan dilakukan oleh kementerian ini. Maka mungkin bulan ini kita adakan satu minggu sains negara sempena bulan kemerdekaan. Banjirkan kanak-kanak sekolah di Pusat Sains Negara, Planetarium, Zoo Negara dan Zoo lain-lain, hutan-hutan rekreasi, aktiviti tanam pokok (seorang mesti menanam dua pokok sepanjang hayat mereka), bengkel sains dan macam-macam lagi. Semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan perlu melakukan aktiviti khusus tentang sains dan diwar-warkan untuk semua rakyat Malaysia. Agar semua rakyat Malaysia merdeka (1 Malaysia) dan faham tentang sains dan keperluannya. Minggu Sains Negara.

No comments: