Murid-murid, guru dan ibu-bapa menjamu selera selepas bergotong royong
Murid-murid gembira mengecat suatu peluang yang tidak pernah ada di rumah
Murid-murid gembira mengecat suatu peluang yang tidak pernah ada di rumah
Tak taulah emaknya marah tak bila balik nanti sampai seluar pun kena cat juga
Kadang-kadang seronok juga kalau ada masa untuk bersembang tentang isu semasa, bertukar pengalaman antara pilot, jurutera, doktor, guru tuition, lawyer, stewardess, contractor, properties management, deep sea profesional divers, artists dan lain-lain. Masa gotong royong seperti yang dianjurkan oleh SKSS USJ4/2 memberi peluang bertukar cerita sambil mengecat pagar, dinding bangunan sekolah, tanam pokok dan kutip sampah. Kalau di pejabat atau dalam kapal terbang kita mungkin jadi bos tapi masa gotong royong kita menyumbang kepada kesempurnaan ruang belajar untuk anak-anak kita. Sekolah sepatutnya menggambarkan status masyarakat setempat bukan sahaja dari segi kualiti akademik tetapi juga imej dan ketrampilan sekolah dan kemudahannya. Ibu-bapa perlu melihat perkara ini, memberi idea dan sumbangan tenaga, wang dan perkara-perkara lain. Konsep satu Malaysia untuk berjaya sama-sama maka semua penduduk perlu menyumbang untuk sekolah.
4 comments:
hey like the pic!!!!Cay-yen is there to!!!!
~deana s.k.s.s. usj 4~
SApa dr mat
woah , cay yen . 6red 2010
Post a Comment