Wednesday, August 12, 2009

Majlis Konvokesyen UPM ke 33 Sebagai Motivasi Agung Kepada Mahasiswa UPM

Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah (centre) sharing a light moment with the 33rd Convocation Ceremony award recipients during a press confress held here recently.
Tuanku Canselor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengurniakan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Pertanian kepada Tun Abdullah pada Majlis Konvokesyen UPM ke-33

“Sekiranya pembangunan pertanian dapat dirancang dan dilaksanakan dengan cara yang betul, negara kita akan mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, sumber pendapatan baru akan dapat diwujudkan melalui produk-produk asas tani hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penggunaan bioteknologi. Kita perlu memegang konsep ‘pertanian itu perniagaan’ supaya sektor pertanian dapat dijalankan secara besar-besaran dan secara komersil untuk memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha industri asas tani umpamanya merasai pulangan lumayan'...Tun Abdullah Ahmad Badawi
“Para graduan perlu bersikap positif untuk membentuk minda yang cerdas agar diri terus maju dan anda seharusnya tidak mudah berpuas hati dengan apa yang dicapai. Lebih baik kita gagal dalam usaha meneroka sesuatu yang lebih baik dan bermanfaat daripada hanya berdiam diri kerana khuatir menemui kegagalan"....Prof Dato' Dr. Ir. Zohadie.
"UPM telah bergerak maju dalam penerokaan ilmu berteraskan inovasi intelek dan penyelidikan universiti dengan menjadi perintis dalam kalangan IPTA dengan mempunyai rangkaian di seluruh dunia membolehkan UPM menembusi pasaran global dengan lebih berkesan"...Prof Dr. Muhamad Awang


Puncak kejayaan mahasiswa secara amnya adalah konvokesyen dimana mahasiswa akan menerima ijazah daripada Canselor atau Pro-Canselor di hari kkonvokesyen. Hari ini adalah harapan dan yang ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa untuk disaksikan oleh yang tersayang dan ibu-bapa yang mengasuh dari kecil. Tetapi ada graduan yang cemerlang memenangi beberapa hadiah yang telah diwar-warkan sejak minggu orientasi lagi. Bagi mahasiswa yang sentiasa sedar, bercita-cita dan berusaha memenangi hadiah berkenaan akan lebih berjaya dan menjadi kebanggaan keluarga di hari konvokesyen berbanding graduan lain.

No comments: