SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI)
Pendidikan dan penghayatan alam sekitar bermula sejak di sekolah bagi membentuk generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar. Justeru itu aktiviti yang berkaitan pendidikan alam sekitar perlu dilaksanakan di sekolah. Keberkesanan perlaksanaan aktiviti akan lebih baik lagi sekiranya ada penglibatan guru, ibubapa dan komuniti. Aktiviti boleh bermula dengan mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di sekolah, memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar di kalangan warga sekolah khasnya dan masyarakat setempat amnya, membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. dan mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program Pendidikan Alam Sekitar. Penglibatan mahasiswa universiti, alumni sekolah dan komuniti akan lebih memantapkan perancangan, aktiviti dan kesinambungan aktiviti. Banyak isu dapat dibincangkan bermula dengan biodiversiti, konservasi, kesihatan alam sekitar, pemanasan global dan perubahan cuaca. Banyak juga aktiviti dapat dijalankan seperti kem ekologi, penanaman pokok, ceramah, ekspedisi alam semulajadi, membersih tempat pembiakan nyamok di sekolah, program kitar semula dan banyak lagi.
No comments:
Post a Comment