Friday, October 22, 2010
Generasi Muda Baharu
Apakah yang menyebabkan budaya generasi baharu seperti yang kita lihat sekarang? Antaranya mungkin kerana sistem pendidikan negara, kaedah perlaksanaan, ramai guru wanita, gaya hidup, status ekonomi, dan pengaruh maklumat tanpa sempadan.
Cara pemikiran, gaya hidup, matlamat hidup dan faktor persekitaran mempengaruhi proses pembentukan peribadi dan ketrampilan generasi muda. Kaedah pengajaran, tumpuan kepada peperiksaan,memuntahkan semula apa yang diberikan oleh guru, "cut&paste", penggunaan ICT mengubah gaya perhubungan sesama manusia, hormat, jujur, tidak menipu, menghargai pencapaian, bantuan dan kreativiti orang lain. Antaranya kita lihat rasa hormat kepada guru, orang dewasa, pensyarah atau profesor di universiti. Sifat hormat, menghargai dan sayang dan nilai murni lain penting untuk kejayaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment