Tuesday, October 5, 2010

MOU UPM-LIPI di serap dalam rancangan lima tahun LIPI 2011-2015


Indonesia merupakan negara maritim yang luas yang mana sebahagiannya bersempadan dengan Malaysia. Lautan yang bersempadan juga merupakan sumber perikanan yang sangat penting yang perlu ditangani bersama. Antara kawasan penting menjadi isu sempadan ialah Selat Melaka, Perairan Kepulauan Riau dan Coral Triangle Initiative(CTI). Malaysia perlu melatih generasi pelapis bagi mengambil bahagian dalam bidang sains marin yang mana kawasannya lebih luas dari daratan. Perancangan dan tindakan yang bersungguh-sungguh perlu dilakukan segera.

Ahli-ahli sains LIPI menerima baik pandangan untuk berkerjasama tentang isu-isu sains marin di kawasan perairan sempadan Malaysia-Indonesia.Perbincangan lanjut berkaitan sains perikanan dan pencemaran bersama ahli sains, bekas menteri kelautan dan perikanan Prof. Dr. Rokhmin dan penasihat governor-governor juga bersetuju dan mengharapkan kerjasama ini akan berjalan dengan baik serta menunjukkan hasil yang cemerlang.
Selain dari perbincangan dan lawatan ke lapangan lautan, makmal ikan medaka juga perlu dibangunkan di LIPI bagi melengkapkan program pembangunan ikan medaka sebagai organisma ujian serantau seperti yang telah dibangunkan di Malaysia (UPM).

Mungkin pasukan berkuasa di Malaysia dapat menyambung idea dan perbincangan awal yang tidak formal ini kerana idea ini sangat penting bagi ke dua-dua negara. Bidang sains marin yang satu ketika dahulu menjadi kekuatan di Malaysia sudah berkurangan sekarang ini. Dalam proses transformasi yang sedang berlaku di Malaysia sekarang mungkin kesempatan untuk menguatkan semula bidang ini

No comments: