Friday, October 15, 2010

Makmal Ikan Medaka terima lawatan Saintis dari Mexico


Walaupun makmal ikan medaka tidak gah seperti makmal yang lain di UPM, ia telah mendapat perhatian dari beberapa ahli sains terkemuka di dunia seperti Singapura, Australia, Indonesia, Filipina, Jepun, Hong Kong dan hari ini dari Mexico. Terima kasih kepada mereka yang memahami, menyokong dan ingin bekerjasama dengan penyelidik di Jabatan Biologi. UPM. Setakat ini tiada orang Melayu yang berminat dan faham tentang kepentingan kajian ikan ini. Kajian ikan ini di Malaysia dan rantau ini telah dipopularkan oleh Prof Ahmad Ismail dan telah dan sedang mendapat sokongan dari penyelidik antarabangsa. Malangnya Malaysia menolak semua cadangan kajian berkaitan ikan medaka. Penilaian panel pakar dari Malaysia, kajian ini tidak ada faedah kepada pembangunan sains dan negara.Imej makmal ini juga secara langsung memahamkan penyelidik terkemuka di dunia yang melawat tentang keupayaan Malaysia menilai dan menyokong kajian seperti ini. Selamat maju jaya Malaysia. Dr J. Ruben Lara Lara Professor/Researcher dari Centre of Scientific Research and Higher Education of Ensenada Mexico menghadiri Workshop di Kuala Lumpur turut melawat Jabatan Biologi UPM bagi membina jaringan baharu dengan UPM dalam bidang oceanografi dan sains marin. Kajian ekologi ikan medaka dan hutan bakau menjadi minat beliau kerana ada kesamaan antara Mexico dan Malaysia.

No comments: