Hari ini saya mendapat dua komen perbandingan tentang kualiti pelajar universiti pra siswazah dan siswazah.
komen pertama tentang pelajar prasiswazah bidang kejuruteraan. dua pelajar yang belajar dalam kelas yang sama semasa tingkatan lima dahulu. seorang di universiti tempatan dan seorang lagi di luar negara. yang dalam negara hanya bergraduan dengan kepujian biasa manakala yang luar negara bergraduat dengan kelas pertama. mereka membandingkan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran dikedua-dua universiti. Komen mereka univesiti tempatan terlalu banyak nak dibelajar dan kaedahnya macam sekolah tinggi manakala kandungan mata pelajaran di luar negara kurang berbanding universiti dalam negara tetapi mereka mempunyai masa yang lebih dalam amali, kertas kerja dan kreativiti. Malangya lulusan dalam negara pula mendapat gaji yang kurang berbanding dengan luar negara. Ini tidak hairan kerana orang melayu memang begitu, kalau tak masakan semua orang boleh tingal di Tanah Melayu (yang dah tiada lagi) dan lebih berjaya dari orang Melayu sendiri.
Perkara kedua ialah tentang pelajar ijazah lanjutan. Ramai pelajar ijazah lanjutan tidak atau takut memcuba yang baharu. Mereka lebih suka meniru atau mengulangi kajian yang telah berulang kali dilakukan oleh orang lain. makanya kita tidak dapat menujah penemuan baharu dalam bidang-bidang tertentu.
Mungkin kaedah penyelesaiannya kita mesti menukar dan membuat penilaian semula kaedah pengajaran dan pembelajaran, mengiktiraf professor dengan memberikan pendedahan antarabangsa dan sistem penilaian yang lebih mantap. Kerjasama dengan universiti terkemuka luar negara perlu di tingkatkan agar kita dapat membandingkan perlaksanaan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan universiti tempatan dan luar negara bagi kedua-dua pra siswazah dan pasca siswazah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment