Saturday, November 5, 2011

Ibadat kurban, peluang perniagaan, sains & teknologi, peraturan dan undang-undang


1. Bayangkan setiap tahun berapa ribu ekor lembu disembelih dalam masa Hari raya korban sahaja.
2. Lembu-lembu yang disembelih adalah berumur antara dua hingga tiga tahun.
3. Korban lembu adalah suatu ibadat bagi orang Islam.
4, Aktiviti korban makin Bertambah Dari tahun ketahun. Rakyat makin berada dan kesedaran makin tinggi. Justeru itu permintaan lembu makin Bertambah.
5. Projek menternak lembu Akan menjadi lebih berdaya maju dan menjanjikan peluang perniagaan yang menguntungkan.
6. Sains dan teknologi sangat diperlukan bagi menghasilkan lembu yang sihat sesuai keperluan lembu korban dan menjamin keperluan.
7. Kajian berterusan tentang lembu Dari segi pembiakan, permakanan, tumbesaran, kesihatan, ruang ternak, jaringan pasaran dan kejuruteraan sangat penting dan diperlukan.
8. Agensi kerajaan perlu melihat perkara ini dengan serius dan menyelaraskannya.
9. Keperluan agama dan masyarakat mengatasi perniagaan dan budaya serta upacara.
10. Satu sistem, peraturan dan undang-undang perlu Ada sebelum terlambat apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan masyarakat yang supercyber.
11. Kecukupan keperluan, murah, sihat, tiada penyakit berjangkit dan memenuhi keperluan syariah dan masyarakat perlu dipantau khas oleh agensi kerajaan dari segi pemantauan, penasihatan, kecukupan permintaan, peraturan dan undang-undang.

No comments: