Thursday, November 24, 2011
Pentadbiran dan pengurusan akademik
Seperti yang pernah saya tuliskan dahulu dalam blog ini, ternyata masih ada konflik antara bahagian pendaftar dan ahli akademik, antara kepakaran dan perlaksanaan. Cuba lihat bagaimana kehendak profesor pendidikan berkaitan pengajaran, seolah-olah kerja pensyarah hanya mengajar. pensyarah mesti memenuhi keperluan pengajaran, bahan, teknik dan pemantauan pengajaran. Memadai pensyarah tahu kaedah, teknik, strategi dan pendekatan yang diperlukan dalam pengajaran, tidaklah perlu dipantau, dinilai dan diuji lagi. Pensyarah tahu apa yang nak diajar, nak dicapai dan kualiti yang diperlukan ditahap kurikulum yang disediakan. Pensyarah ada banyak kerja yang nak dilakukan; pengajaran, penyeliaan, penyelidikan, penerbitan dan pengembangan. Pendaftar mesti tahu polisi, kehendak polisi, misi naib canselor dan matlamat serta peranan universiti. Semua pensyarah perlu melengkapkan dan memperkasakan penyelidikan agar banyak pengetahuan dan pengalaman yang boleh diberikan dalam pengajaran. Pensyarah yang mempunyai pengetahuan yang baik, persediaan bahan pengajaran yang menarik dan mampu berinteraksi dalam kelas menarik minat pelajar dan memahamkan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment