Saturday, June 5, 2010

Hargai Alam Cintai Sungai, Many Species One Planet One Future


Sempena menyambut Hari Alam Sekitar Sedunia 2010, Puncak Niaga, Syabas, Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan Bregid Penyelamat Sungai Puncak Niaga telah mengadakan satu majlis kesedaran alam sekitar, kepentingan sumber dan kualiti air dan cintai sungai. Antara aktiviti yang di jalankan adalah membersihka sekitar kawasan sungai di Rimba Ampang Selangor. Aktiviti ini juga melibatkan penyertaan kakitangan dan pelajar Universiti Putra Malaysia yang diketuai oleh Prof Dr. Ahmad Ismail. Seramai lebih 100 peserta terdiri dari pelajar sekolah sekitar, kakitangan Syabas dan Puncak Niaga serta UPM telah ikut serta.
Para peserta diberi penerangan tentang sumber air dan kualiti air bersih dan pentingnya menjaga sungai kita.Pasukan yang turut disertai oleh UPM menang dalam pertandingan. Lain kali UPM akan ikut serta lagi.

Friday, June 4, 2010

Tahniah UPM GO GREEN!!! Save A4 papers first!



Program ‘Recycling Rally’ UPM Pupuk Semangat Kitar Semula dan Cintai Alam Sekitar



SERDANG – Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) akan menganjurkan program Recycling Rally yang merupakan inisiatif hijau untuk memupuk semangat kitar semula bahan buangan.

Program ini menyokong penyertaan UPM dalam GreenMetric Ranking of World Universities dan meningkatkan kesedaran mencintai alam sekitar di kalangan komuniti kampus UPM.

Bahan kitar semula yang diperlukan dalam program ini ialah kertas, akhbar, cardboard, plastik, botol, tin, bateri dan barangan elektronik (telefon bimbit, komputer dan seumpamanya).

Program ini memperkenalkan sistem Recycle & Reward melalui mata ganjaran kepada peserta berdaftar yang menukar barangan kitar semula di mana mata ganjaran terkumpul boleh ditebus dengan barangan elektronik dan barangan lain di kedai terpilih.

Bahan kitar semula hendaklah dibawa ke program ‘Recycling Rally’ di Panggung Percubaan UPM pada 10 Jun depan dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Program ini akan menampilkan aktiviti menarik seperti persembahan muzikal istimewa Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) Eco Drum Circle yang menampilkan konsep kesenian dan alam menggunakan barangan kitar semula dengan tema recycle your music.

Aktiviti lain ialah demonstrasi cara mudah untuk mengitar semula barangan terpakai, lot-lot jualan dan pameran.

Sila hubungi Nur Syafrina Mohd Sharif Tel: 8946 8971 dan Khairul Anuar 013-3957650 untuk maklumat lanjut.

Keseronokan bekerja


Bekerja tidak semestinya di dalam pejabat berhawa dingin dan datang pukul lapan balik pukul lima. Kadang-kadang kita boleh bekerja di hutan yang tidak terduga bahaya haiwan berbisa sekecil serangga, sebesar ular atau segarang harimau dan babi hutan, kadang-kadang sempat juga bersama orang asli di pinggir hutan dan di gerai roti canai atau kelas ekonomi kapal terbang. Ada orang bernasib baik tidur di hotel 5 bintang, terbang dengan kelas pertama dapat tidur nyenyak berfikir untuk kejayaan sendiri dan masa hadapan negara......sambil belajar menghargai sumbangan orang-orang lain untuk kejayaan sendiri.

Kenapa kita benarkan saintist luar negara bentangkan data asas dari negara kita?


Mungkin kita terlalu taksub dengan teknologi dan pengkomersilan produk. Wal hal orang luar mencari produk dari negara kita dengan memahami perkara asas biologi dan ekologi negara kita. Akhirnya kita terus menerus merujuk kepada mereka. Penjajahan zaman baharu? Kita ada wang, kita berkuasa, kita kreatif, pandai berhujah tapi tak pandai melaksanakan. Untuk terus maju kita sama-sama muhasabah diri dengan jujur untuk kemajuan bangsa dan negara. Untuk mendapat seorang saintis berpengalaman dan berkualiti mengambil masa 5-10 tahun selepas bergraduat. Apakah Malaysia akan dapat penuhi wawasan 2020. Atau sejarah tangkap muat akan terus berlaku.

Thursday, June 3, 2010

Makan Malam Meraikan Pengarang Terkemuka Artikel yang diterbitkan dalam jurnal keluaran Elsevier 2005-2009

Bernasib baik bersama dengan editor dan pengarang terkemuka artikel-artikel dalam jurnal terbitan Elsevier. Makan malam diadakan bagi menghargai 50 pengarang "the most cited articles" tahun 2005-2009.Antara mereka ialah Prof Elliot (Univ. of Hull), Prof Tanabe (Univ. of Ehime), Prof Paul Lam (City University Hong Kong) dan lain-lain. Bagaimana kita boleh mencapai tahap mereka? Rahsianya ada pada ketua kita. Malah tanpa disedari ada antara rakyat Malaysia yang bersama-sama pengarang terkemuka ini. Tentu sekali mereka tahu bagaimana rakan mereka ini menjadi pengarang terkemuka dan menjalankan kajian yang berkualiti.

New potential MoU in Marine Sciences?


Probably we can develop new MoU with universities from Norway and Poland in the near future in Marine Sciences and Technologies. Their Professors who have more than 10 years communication in ideas and joining publications had agreed to start MoU soon. If we want to compete internationally, we must equip our self not only new cloth and hair style but spirit, brave, confident, hard work, money, equipment, space, leadership, supporting staff, willing to develop, and more more positive values.