Saturday, April 18, 2009

Bengkel Resolusi Melayu & Gejala Rasuah

March 12, 2009 I was among 60 people invited to attend a brainstorming and think tank session organized by Tun Dr Mahathir Mohamed’s Yayasan Kepimpinan Perdana in Putrajaya and in association with Kumpulan Melayu Serdang

Alumni Fakulti Sains UPM

Perjumpaan akan datang Alumni Fakulti Sains UPM pada 9 Mei 2009 jam 9.30 pagi di Fakulti Sains, UPM.

Semua guru-guru sains alumni Fakulti Sains UPM yang tinggal 30 km sekitar UPM di jemput hadir.

Thursday, April 9, 2009

Taklimat Alumni Fakulti Sains UPM

Satu taklimat khas Alumni Fakulti Sains telah diadakan di Dewan Kuliah Sains pada 9 April 2009. Taklimat itu bertujuan menerangkan kepada pelajar tahun akhir tentang kewujudan alumni Fakulti Sains yang sedang bergerak dan meminta seluruh pelajar tahun akhir menyambung dan bersama dengan aktiviti berkenaan.
Ada beberapa kumpulan alumni Fakulti Sains.
1. Kumpulan guru sekolah
2. Penyelidik di universiti dan institut penyelidikan
3. Pegawai kerajaan dan swasta atau bekerja sendiri.
Masing-masing kumpulan ini boleh menyumbang kepada alumni melalui berbagai cara pendekatan dan aktiviti.
Bagi pelajar tahun ini boleh menubuhkan kumpulan alumni sendiri dengan menamakan Alumni Fakulti Sains tahun 2009 dan berhubung dengan pejabat fakulti. Satu laman sesawang akan dibina khas untuk alumni berkomunikasi dengan fakulti.

Seminar Alumni Biologi UPM




Seminar Alumni Biologi telah selamat dijalankan pada 4 April 2009. Sebanyak 21 kertas kerja telah dibentangkan dan lebih 50 peserta telah hadir. Seminar ini akan diadakan setiap tahun pada bulan Mac bertujuan mengumpulkan alumni Jabatan Biologi yang berkecimpung dalam penyelidikan atau ingin mengikut perkembangan penyelidikan biologi dan memperkasakan penyelidikan berkaitan biologi melalui Fakulti Sains. Seminar dirasmikan oleh Profesor Dr. Sidek Abdul Aziz, Dekan Fakulti Sains. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas segala sokongan semua pihak menjayakan seminar ini.